haemorrhoid | hemoroid/buasir | Herba | Pemiawaian | Keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir. |
vegetative abnormalities | keabnormalan vegetatif | Pertanian | Tiada | Sebarang ciri fenotip yang tidak normal, contohnya chimaera tegak, berpintal dan sebagainya. |
double chain | dwirantaian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Dua rantaian polinukleotida yang membentuk satu molekul DNA. DNA ini terdiri daripada dua rantaian polideoksinukleotida yang berpintal di antara satu sama lain. |
friction force microscope | mikroskop daya geseran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk mengukur daya sisi yang bertindak di antara tip nanoskopik tajam dengan permukaan sampel ke arah kantilever berpintal semasa mengimbas tip. Daya geseran berlaku di antara kantilever dan sampel kepada kilasan yang pada masa yang sama dikesan sebagai imej geseran dan topografik. |
Elizabeth style | gaya Elizabeth | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot dengan ukiran pada zaman Renaissance di Itali. Gaya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Elizabeth, bermula dari tahun 1558 hingga tahun 1603. Gaya Elizabeth ditandai dengan rupa bentuk kabinet yang bersaiz besar, terbonjol, kekisi berpintal dan gadrun. Gaya khas era ini ialah bentuk hiasan atas seperti puncak tiang atau tongkat yang mengandungi ukiran kepala manusia. Motif dekoratif yang digunakan terdiri daripada daun akantus, kariatid, skrol, anyaman bertali dan topeng. Bilik utama biasanya dihiasi dengan panel dinding yang diperbuat daripada kayu oak, lepa siling dengan hiasan timbul dan pendiang dengan hiasan terperinci. |
column | tiang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Komponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah. |