Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anaphaseanafasaKejururawatanTiadaPeringkat ketiga mitosis yang berlaku selepas metafasa dan sebelum telofasa, iaitu apabila kromosom berpisah bergerak ke kutub sel.
anaphaseanafasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat pembahagian sel pada mitosis atau meiosis ialah kromosom yang dua kali ganda berpisah kepada dua kumpulan yang sama dan bergerak ke arah kutub yang bertentangan. Mitosis mempunyai beberapa peringkat, iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Anafasa merupakan peringkat ketiga dalam proses mitosis, iaitu apabila ikatan pada sentromer pecah dan pasangan kromatid bergerak mengikut gentian gelendong ke arah kutub yang bertentangan.
pangeapangeaSains MarinTiadaGabungan benua yang wujud semasa akhir era paleozoik dan awal era mesozoik, iaitu sekitar 335 juta tahun yang lampau dan mula berpisah sekitar 175 juta tahun dahulu.
gear-type pumppam jenis gearKejuruteraan AutomotifEnjinPam yang menggunakan dua buah gear yang berputar secara berlawanan. Hasil daripada tindakan gear ini, bendalir dari kawasan luar pam yang bertekanan rendah disedut ke kawasan celah gigi gear. Bendalir ini menerima tekanan apabila gigi gear Abercantum dan seterusnya dilepaskan ke bahagian bertekanan tinggi apabila gigi gear berpisah.
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?

Kembali ke atas