potential pest | perosak berpotensi | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
hazard | bahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazard | Umum | Tiada | Sumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. |
microbe | mikrob | Perikanan | Akuakultur | Organisma seni dalam persekitaran ternakan ikan yang berpotensi untuk menyebabkan jangkitan atau penyakit pada ikan. |
hazardous material | bahan berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sebarang bahan yang berpotensi membahayakan manusia, haiwan atau alam sekitar hasil tindak balasnya sendiri atau interaksi dengan bahan lain atau dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang lain. Bahan berbahaya mesti dikendalikan mengikut akta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
deflecting offenders | pemesongan pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menukar haluan pesalah atau orang yang berpotensi menjadi pesalah daripada melakukan jenayah. Perbuatan ini dilakukan dengan menghalang penjenayah daripada mencapai matlamatnya seperti meningkatkan tahap keselamatan sasaran. Tindakan ini termasuklah usaha untuk mengalihkan pesalah daripada laluan jenayah seperti menyediakan pemulihan tanpa penahanan. |
high-throughput screening (HTS) | penyaringan keupayaan celusan tinggi (HTS) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah penyaringan sebatian berpotensi daripada perpustakaan sebatian kimia dalam pencarian ubat-ubatan baharu menggunakan kaedah perkomputeran. |
import risk analysis (IRA) | analisis risiko import (IRA) | Perikanan | Akuakultur | Proses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut. |
nuclear security event | peristiwa sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani. |
anticipated operational occurrence (AOO) | kejadian kendalian dijangka | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peristiwa atau keadaan yang diramal berpotensi untuk menggugat keselamatan reaktor nuklear semasa kendalian normal namun tidak mengakibatkan keadaan kemalangan. |
human error (HE) | kesilapan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keputusan tidak tepat dan/atau tindakan tidak sesuai yang berpotensi untuk menyebabkan kegagalan sesuatu sistem, mencetuskan kemalangan atau memburukkan lagi keadaan kemalangan. Lihat juga human error probability (HEP), human failure event (HFE), post-initiator human error, pre-initiator human error. |