Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pro.ses] | برڤروسيس

Definisi : telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berproses


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
processed agricultural productproduk pertanian berprosesUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProduk yang dihasilkan daripada pemprosesan bahan mentah pertanian seperti keju yang dihasilkan daripada susu haiwan. Dari perspektif perdagangan, peraturan WTO membenarkan kadar tarif yang berbeza dikenakan untuk produk bahan mentah dan produk berproses yang diimport dari negara yang sama tanpa melanggar prinsip tak diskriminasi, iaitu Negara Diutamakan (MFN) dan layanan nasional.
fast foodmakanan segeraGerontologiTiadaMakanan berproses seperti mi segera dan susu segera yang memerlukan penyediaan minimum dan masa penyediaan yang singkat sebelum dimakan.
acidulantasidulanMakanan dan PemakananTeknologi MakananAsid yang digunakan dalam makanan berproses yang mempunyai pelbagai fungsi antaranya, agen perisa, pengawet, pengkelat, penimbal dan penggumpal. Contoh, asid asetik, asid sitrik, dan asid fosforik.
intermediate moisture foodmakanan sederhana lembapMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan berproses yang mengandungi lembapan sederhana tinggi, antara 15-30%. Makanan ini stabil terhadap kemerosotan mikrobiologi tanpa penyejukan. Kebanyakan makanan jenis ini mempunyai keaktifan air antara 0.70-0.85. Contoh, inti kuih dan rendang.
instant food; fast foodmakanan segeraMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Makanan berproses yang memerlukan penyediaan minimum dan masa penyediaan yang singkat sebelum dimakan. Contohnya, susu segera, pau sejuk beku, dan mi segera. 2. Makanan yang disediakan dengan cepat oleh restoran makanan segera. Contohnya, burger, ayam goreng, dan pizza.
camera cardkad kameraPerpustakaanTiada1. Kad bukaan yang mengandungi bahan mentah mikrofilem yang diproses daripada sesuatu dokumen untuk membentuk imej.,2. Kad yang tidak berproses yang merupakan input kamera pemproses.

Kembali ke atas