central-force motion | gerakan daya berpusat | Mekanik | Gunaan | Gerakan jasad yang hanya ditindak oleh daya menghala ke sesuatu titik tarikan yang tetap. Gerakan ini biasanya disebabkan oleh daya elektrostatik atau daya graviti. Misalnya gerakan planet dan satelit, dengan tarikan graviti sebagai daya berpusat. Dinamik gerakan daya berpusat merupakan asas bagi reka bentuk roket, satelit bumi dan semua jenis kenderaan angkasa lepas. Sinonim gerak orbit. |
foreign press | akhbar asing | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang berpusat dan diterbitkan di luar negara. Contohnya, akhbar Observer yang berpusat di United Kingdom. |
body-centred cube | kiub berpusat jasad | Kimia | Tiada | Unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yang terdiridaripada satu atom pada setiap penjuru dan satu atom pada pusat kiub. Kiub berpusat jasad (rujuk mss. 96) |
central force | daya berpusat | Mekanik | Gunaan | Daya yang sentiasa menghala ke sesuatu titik tetap (fokus) di ruang walaupun jasad yang ditindaknya bergerak di depanjang laluan tertentu [Rajah D1]. Lihat juga gerakan daya berpusat. RAJAH D1 (rujuk Mss. 18) |
two-body problem | masalah dua jasad | Mekanik | Gunaan | Analisis yang memerihalkan gerakan kedua-dua jasad yang bersaling tindak dalam analisis daya berpusat. Dalam kebanyakan analisis gerakan daya berpusat, salah satu daripada dua jasad yang saling bertarik diandaikan tetap di ruang; ralat yang terlibat dalam analisis sedemikian terabaikan apabila jisim jasad yang diandaikan tetap itu jauh lebih besar daripada jisim jasad yang beredar, misalnya bagi satelit buatan yang berada pada orbit bumi. Jika kedua-dua jasad yang berkenaan mempunyai jisim yang tak boleh abai, misalnya sistem bumi-dan-bulan, analisis dibuat berdasarkan masalah dua jasad kerana ralat yang berkesan akan diperoleh jika salah satu daripadanya diandaikan sebagai tetap di ruang. Lihat juga gerakan daya berpusat. |
orbit | orbit | Mekanik | Gunaan | Laluan bagi jasad yang sedang bergerak di sekitar suatu jasad lain yang mengenakan daya berpusat pada jasad yang bergerak itu. misalnya, bulan bergerak di orbitnya mengelilingi planet sambil planet mengenakan tindakan daya berpusat terhadap bulan. |
space mechanics | mekanik angkasa | Mekanik | Gunaan | Ilmu mekanik yang memerihalkan gerakan jasad yang mengelilingi bumi atau bintang, misalnya gerakan satelit pada orbitnya semasa mengelilingi bumi. Analisis mekanik angkasa diasaskan pada prinsip gerakan daya berpusat. Lihat juga gerakan daya berpusat. |
face-centred | berpusat muka | Matematik | Tiada | Tiada |
trade wind | angin pasat | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik terdapat di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur jalur disebabkan oleh penurunan antisiklon yang nyata yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan; keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat penumpuan mendatar udara dan perkembangan siklon. |
nucleated settlement | petempatan berpusat | Geografi | Tiada | Istilah bagi sebuah petempatan luar bandar yang menunjukkan morfologi yang padat yang mengandungi unit kediaman dan ladang. |