Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataan­nya, mengingkari janji, berbohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.tar] | برڤوتر

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berputar

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati.

Bermaksud :

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rotorrotorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBahagian yang berputar pada mesin elektrik atau peranti seperti angker yang berputar bago motor atau jana kuasa, atau plat-plat yang berputar bagi kapasitor boleh ubah.
balancingpengimbanganMekanikGunaan1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya
rotary milking parlourparlor perusu berputarVeterinarTiadaTempat memerah susu yang berbentuk bulat dan boleh berputar. Lembu yang akan diperah susunya akan memasuki petak yang terdapat dalam ruang ini yang disediakan satu per satu dan semasa susu diperah menggunakan mesin, alat ini berputar dengan halaju tertentu. Selepas satu putaran, perahan akan tamat dan lembu tersebut akan keluar dari tempat tersebut. Kemudian, lembu lain pula akan memasuki tempat ini untuk diperah susunya. Biasanya, dalam suatu masa sebanyak sepuluh ekor lembu boleh diperah susunya secara serentak.
rotating shieldperisai berputarKejuruteraanTiadaPerisai reaktor nuklear yang berputar sekeliling teras dan digunakan semasa operasi pengisian semula bahan api.
irrotational motiongerakan tak berputarFizikMekaniklih. gerakan bendalir tak berputar
rot-o-servepenyaji berputarPentadbiran PerniagaanTiadaPenyaji makanan yang mempunyai rak berputar.
rotating machinemesin berputarTeknikElektrikMesin yang menghasilkan putaran. Dalam kejuruteraan elektrik, mesin berputar ialah motor dan penjana.
rotating-anode tubetiub anod berputarKejuruteraanTiadaTiub sinar x yang anodnya berputar berterusan.
rotary drierpengering berputarMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlat bertangga dalam satu silinder logam berputar yang menyebabkan bahan yang dikeringkan jatuh secara bertingkat melalui arus udara panas. Aliran udara dalam pengering ini adalah searus atau berlawanan arus. Penggoncangan serta keluasan makanan yang terdedah menghasilkan kadar pengeringan yang tinggi dan seragam. Alat ini digunakan untuk mengeringkan makanan yang mudah melekat seperti gula pasir, until daging dan biji koko.
swivelswivelKejuruteraanTiadaPenyambung hos berputar dengan rentetan gerudi sehingga membolehkan rentetan gerudi berputar dan pengedaran lumpur berlaku.
12345678910...

Kembali ke atas