Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.saiz] | برساءيز

Definisi : dgn saiz: dua keping gambar ~ poskad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersaiz


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanoplanktonnanoplanktonSains MarinTiadaPlankton bersaiz nano dalam julat ukuran 2-20 mikrometer. Contohnya, kumpulan Protista eukariot yang bersaiz kecil, diatom kecil, flagelata kecil, krisofita, firofita, klorofita dan xantofita.
mass mean diametergaris pusat purata jisimKejuruteraanKejuruteraan KimiaGaris pusat atau saiz serbuk yang berdasarkan berat zarah yang bersaiz D yang ditentukan sebagai (rujuk m/s 78) dengan = garis pusat purata jisim, d = agihan zarah bersaiz D, f = pecahan jisim sampel yang bersaiz D.
photofluorographfotofluorografKejuruteraanTiadaPeranti yang dapat mengambil gambar imej bersaiz normal dari skrin berpendarfluor ke dalam filem bersaiz kecil.
microplanktonmikroplanktonSains MarinTiadaOrganisma plankton yang bersaiz mikro dalam julat ukuran 20-200 mikrometer. Contohnya, protista eukariot yang bersaiz besar, kebanyakan fitoplankton, foraminifera, siliata, rotifera dan peringkat larva krustasia.
siltlodakPertanianTiada1. Zarah utama tanah yang bersaiz 0.002 mm hingga 0.05 mm bagi sistem USDA; bersaiz 0.002 mm hingga 0.02 mm bagi sistem ISSS.,2. Tekstur tanah yang mengandungi 80% atau lebih lodak dan <12% lempung.
photorontgen unitunit fotorontgenKejuruteraanTiadaPeranti yang dapat mengambil gambar imej bersaiz normal dari skrin berpendarfluor ke dalam filem bersaiz kecil.
pilot drillgerudi panduKejuruteraanKejuruteraan MekanikMesin yang digunakan untuk membuat lubang bersaiz kecil sebelum memulakan proses penggerudian lubang bersaiz besar. Lubang kecil ini dapat menentukan pusat lubang dengan tepat apabila menggunakan mata gerudi yang besar.
nanospherenanosferaFizikNanoteknologiZarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD.
RC2/RC4 algorithmalgoritma RC2/RC4Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerDua jenis algoritma penyulitan berbeza yang dihasilkan sebagai produk penyulitan. Algoritma RC2 ialah sifer blok yang menggunakan kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan tanpa wayar WEP.
claytanah liat; lempungGeologiTiada1. Gred saiz endapan klast bersaiz halus, garis pusat butirannya bersamaan atau lebih kecil daripada 1/256 mm.,2. Mineral bersaiz halus, berbentuk kepingan, gentian, atau hablur yang terbentuk sebagai hasil akhir proses luluhawa mineral silikat.
12345678910...

Kembali ke atas