return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
curb | susur jalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Granit keras atau konkrit pratuang yang digunakan sebagai sempadan di sepanjang jalan dan mengehadkan lorong jalan kaki.,kren.,3. Kerangka kayu, bulat atau empat segi, yang dimasukkan ke dalam lubang syaf sebagai asas untuk dinding atau untuk menyokong dinding lubang itu, biasanya bersama-sama dengan kayu-kayu lain. |
octosyllabic | astasuku | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang setiap baris terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai lapan suku kata. Walau bagaimanapun pembinaan suku kata demikian pada setiap baris dalam sesuatu rangkap atau rangkap sesebuah puisi itu adalah jarang-jarang digunakan. Contohnya, petikan puisi "Bersama Ombak" dalam kumpulan Pengantin Laut, karya J.M. Aziz. Di/ ba/wah te/ma/sya sen/ja 1 2 3 4 5 6 7 8 |