Cooper pair | pasangan Cooper | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |
UV spot | tompok UV | - | Tiada | Kenaan resin polimer bersama-sama sinaran ultraungu pada teks atau imej tertentu bahan cetak. |
polyarthritis | poliartritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi beberapa sendi secara bersama-sama ataupun berturutan, yang menyebabkan kesakitan, kekakuan, bengkak, dan kehilangan fungsi. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit. |
spacer | peruang | Sains Kesihatan | Tiada | Alat tambahan yang digunakan bersama-sama dengan alat sedut untuk membebaskan dos sedut dengan lebih berkesan. |
matriks | matriks | Kimia | Kimia Analisis | Komponen lain yang terdapat bersama-sama dengan komponen yang dianalisis (analit) di dalam suatu sampel. |
reservation network | rangkaian tempahan | Pelancongan | Tiada | Jaringan sistem yang digunakan bersama-sama oleh sekumpulan organisasi atau syarikat untuk kemudahan penempahan. |
syndrome | sindrom | Perikanan | Akuakultur | Set gejala atau tanda yang wujud bersama-sama, yang menunjukkan ciri sesuatu penyakit. |
litany | litani | Kesusasteraan | Puisi | Puisi doa dan pujian yang dibawakan secara bersama-sama atau beramai-ramai dalam sesuatu majlis yang ada hubungan dengan agama atau kepercayaan. Contohnya, berzanji. |
binding receipt | resit pengikat | insurans | Tiada | Resit yang diberikan untuk bayaran premium bersama-sama dengan permohonan yang mengikat syarikat insurans yang lain. |