pressure gradient | gradien tekanan | Sains | Hidrometeorologi | Vektor pugak terhadap garis atau permukaan isobar dan menghala ke kawasan tekanan rendah serta berkeamatan bersamaan dengan kadar ubahan tekanan mengikut jarak. Gradien ini bersamaan dengan -p (p ialah tekanan) atau bersamaan dengan ?p/?n n ialah jarak sepanjang normal mengarah ke tekanan rendah) |
short ton | tan pendek | Kejuruteraan | Tiada | Ukuran jisim yang bersamaan dengan 1000 kg. Tan pendek bersamaan dengan 2000 lb. |
centimorgan | sentimorgan (cM) | Biologi | Genetik | Unit bagi jarak peta yang bersamaan dengan satu peratus rekombinasi. 1 sentimorgan bersamaan dengan 1 unit peta. unit pindah silang. |
terabyte | terabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 2⁴⁰ bait, iaitu bersamaan dengan 1,099,511,627,776 bait. Satu terabait bersamaan dengan 1024 gigabait. Simbol yang digunakan ialah TB. |
watt | watt | Teknik | Elektrik | Unit kuasa dalam sistem meter-kilogram-saat. Watt bersamaan dengan kerja pada kadar 1 joule per saat, atau bersamaan dengan arus 1 ampere yang mengalir pada tekanan 1 volt. Singkatan W. |
minute | minit; seni; kumin; kecil | Kejuruteraan | Tiada | 1. Unit pengukuran sudut yang bersamaan dengan 1/60 dari satu darjah.,2. Unit masa, yang bersamaan dengan 60 saat. |
petabyte | petabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 2⁵⁰ bait, iaitu bersamaan dengan 1,125,899,906,842,624 bait. Satu petabait bersamaan dengan 1024 terabait. Simbol yang digunakan ialah PB. |
exabyte | eksabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 260 bait, iaitu bersamaan dengan 1,152,921,504,606,846,976 bait. 1 eksabait bersamaan dengan 1024 petabait. Simbol yang digunakan ialah EB. |
zettabyte | zetabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 270 bait, iaitu bersamaan dengan 1,180,591,620,717,411,303,424 bait. Zetabait juga adalah bersamaan dengan 1024 eksabait. Perkataan zeta dipilih kerana zeta merupakan abjad terakhir dalam abjad Latin. Simbol yang digunakan ialah ZB. |
watt-hour | watt-jam | Teknik | Elektrik | Unit kerja elektrik atau tenaga elektrik yang bersamaan dengan 1 watt kuasa elektrik yang digunakan selama 1 jam atau bersamaan dengan 3600 joule. Singkatan Wj. |