Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : berharap kpd pertolongan orang utk hidup atau utk maju dsb: Mereka terlalu benar ~ pd bantuan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.san.dar] | برساندر

Definisi : 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersandar

Puisi
 

Lentik sungguh pipi kijang,
     Anak rusa minum di mangkuk;
Adik kecil dadanya bidang,
     Tempat abang bersandar mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersandar di batang rengas,
     gatallah badan.

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
density dependent factorfaktor bersandar ketumpatan; faktor bersandar kepadatanPerikananTiadaTiada
density dependent factorfaktor bersandar ketumpatan; faktor bersandar kepadatanPerhutananTiadaAgen perosak, seperti pemangsa, pesaing, dan parasit, yang meninggikan peratus kerosakan apabila ketumpatan populasi bertambah.
dependent variablepemboleh ubah bersandarMatematikTiadaPemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x.
inverse functionfungsi songsangMatematikTiadaFungsi yang menterbalikkan peranan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar bagi suatu fungsi satu dengan satu. Diberi y = f(x), dengan y sebagai pemboleh ubah bersandar dan x sebagai pemboleh ubah tak bersandar, fungsi songsang kepada f ialah fungsi yang menterbalikkan peranan x dan y, iaitu x diungkapkan sebagai bersandar pada y dengan bentuk x = g((y). Fungsi g yang songsang kepada f diwakili dengan tanda f-1.
independent variablepemboleh ubah tak bersandarMatematikTiadaLihat pemboleh ubah bersandar.
dependent variablepemboleh ubah bersandarMatematikTiadaPemboleh ubah yang berubah apabila pemboleh ubah tak bersandar yang berhubungan dengannya diubah.
dependent variablepemboleh ubah bersandarSosiologiTiadaPemboleh ubah yang berubah apabila pemboleh ubah tak bersandar yang berhubungan dengannya diubah.
dependent variablepemboleh ubah bersandarKejuruteraanTiadaPemboleh ubah yang berubah apabila pemboleh ubah tak bersandar yang berhubungan dengannya diubah.
regressionregresiMatematikTiadaProses dalam statistik untuk menentukan sejauh mana suatu pemboleh ubah tak bersandar atau lebih; hubungan itu biasanya dirumuskan dalam bentuk satu persamaan dengan pekali tertentu supaya ramalan bagi nilai pemboleh ubah bersandar sanggup dibuat berdasarkan nilai pemboleh ubah tak bersandar. Lihat juga garis regresi.
internal validitykeesahan dalamanPendidikanTiadaDarjah perbezaan pemerhatian terhadap pemboleh ubah bersandar adalah berkadar terus dengan pemboleh ubah tak bersandar tetapi bukan dengan pemboleh ubah yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas