syndication | perbincangan sindiket | Pendidikan | Tiada | Sesi perbincangan dalam kumpulan yang bersatu dan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas perundingan atau transaksi. |
nuclear interaction | saling tindak nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Sistem daya tukaran dalam nukleus yang menyebabkan nukleus tersebut bersatu. |
fusion bonded carpet | karpet cantuman ikatan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Karpet yang dihasilkan dengan jumbai bulu yang disemat ke dalam campuran cecair vinil. Komponen ini bersatu untuk menghasilkan karpet yang mempunyai permukaan belakang vinil yang kedap. Tujuannya adalah untuk menghasilkan jumbai yang kuat ikatannya, yang sesuai untuk pembuatan karpet jenis pail potong. |
national integrity | keutuhan bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ketahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap. |
antigen | antigen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Molekul atau bahan asing yang mendorong respons imun di dalam badan untuk menghasilkan antibodi. Antigen boleh berasal dari dalam badan (antigen diri) atau dari persekitaran luaran (bukan diri). Antigen yang bersatu dengan sistem imun akan merangsang antibodi yang khusus. Jika sistem imun bertemu antigen yang tidak terdapat di dalam badan sendiri, antibodi akan melancarkan serangan ke atas antigen tersebut. Biasanya antigen adalah seperti peptida, polisakarida atau lipid. |
territorial sea | laut wilayah | Sains Marin | Tiada | Ukuran melintang dari perairan pantai (aras air paling surut) yang memanjang 12 batu nautika (22.2 km; 13.8 batu) ke kawasan laut sesebuah negara. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut 1982 juga dikenali sebagai Konvensyen Undang-undang Laut 1982. |
amalgamation | penggabungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan. |
nanoethics | nanoetika | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
isolationist | pemencil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an. |
interlude | selingan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri. |