Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.yap] | برسايڤ

Definisi : mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersayap

Puisi
 

Anak kumbang terayap-rayap,
     Mari ditangkap anak Turki;
Hendak terbang tiada bersayap,
     Hendak hinggap tiada berkaki.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hendak hinggap tiada berkaki.

Bermaksud :

Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak terbang tiada bersayap). (Bandingkan dengan: Sampan ada pengayuh tidak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cherubcerubKesenianHiasan DalamanSeni hiasan yang berukiran simbolik, yang berupa budak bersayap sebagai persembahan lambang keagamaan. Seni ini terkenal di Itali pada abad ke-17. Cerub juga digunakan pada batu nisan orang Inggeris dan Amerika pada abad ke-17 dan ke-18.
wing chairkerusi kepakKesenianHiasan DalamanKerusi berlengan yang mempunyai upholsteri dan penyandar yang tinggi, empuk serta bersayap.

Kembali ke atas