Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.gi] | برس-ݢي

Definisi : ada seginya: Tiangnya ~ empat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Sapu tangan bersegi empat,
     Lalu ditinggal batu empat;
Luka di tangan dapat diubat,
     Luka di hati siapa melihat.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Betung bulat tak bersegi,
     pipit jantan tak bersarang.

Bermaksud :

Anak bujang atau anak dagang yang bebas berjalan ke mana-mana saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
base blockblok tapakKesenianHiasan DalamanSatu unit bersegi empat pada sebarang binaan yang menjadi komponen bawah di bahagian tapak, kaki pintu atau tingkap.
architravearkitrafKesenianHiasan Dalaman1. Bahagian paling bawah sesebuah entablatur dalam seni bina Yunani Klasik. 2. Komponen tambahan yang dibuat untuk menutup kerja penyambungan antara dua bahan supaya kelihatan lebih kemas dan teratur. Contohnya, sambungan di pintu dan tingkap yang mempunyai bukaan bersegi. Lihat juga hias gerbang.

Kembali ke atas