Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : ; ~ tenggang pinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (perto­longan): rumahnya tempat orang ~ teng­gang dlm kampung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lang] | برسلڠ

Definisi : ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr ru­mahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tak kaya oleh emas pembawa,
     tak gadis oleh kain berselang.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermittent feverdemam berselang-selangKejururawatanTiadaKenaikan dan penurunan suhu badan secara berselang-selang, seperti dalam malaria.
alphabet rhymerima berselangKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi yang barisnya genap dalam satu bait rima atau bunyi baris pertama sama dengan baris ketiga, manakala rima baris kedua sama dengan baris keempat. Susunan rimanya a b a b. Contohnya, pantun empat kerat di bawah. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas pe!i, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa ma.ti,
intermittent chronic painsakit kronik berselang-selangKejururawatanTiadaKesakitan kronik yang dicirikan oleh episod kesakitan sekali-sekala.
alternate binural oudness balance test (ABLB)ujian keseimbangan kelantangan binaural berselangSains KesihatanTiadaUjian yang dilakukan untuk menentukan masalah rekruitmen individu melalui perbandingan kelantangan bunyi antara telinga normal dengan yang bermasalah.
battery elementunsur bateriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKumpulan plat positif dan negatif yang disusun berselang-seli oleh pemisah untuk membentuk satu sel bateri.
pantoumpantunKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang terdiri daripada empat baris dalam seuntai. Rima akhirnya terdiri daripada rima yang berselang a b a b. Setiap baris biasanya dibentuk oleh ernpat kata yang terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. Pantun biasanya digunakan dalam percintaan, nasihat, adat, agama, didaktik, falsafah dan lain-lain. Contohnya, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.
choruskorusMuzikTiada2.Baris ulang dalam sebuah lagu stropik. Kedua-dua muzik dan lirik puisi dalam korus diulangi berselang-seli dengan stanza yang sering.
Mayaca sp.Mayaca sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana.
photonic crystalhablur fotonikFizikNanoteknologiHablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi.
choruskorusKesusasteraanTiadaSekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut.

Kembali ke atas