depression | kemurungan | Kejururawatan | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Puisi | Paduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat. |
emotive language | bahasa emotif | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif. |