Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.nam] | برسنم

Definisi : 1. melakukan latihan gerak badan; 2. ark menggeliat (selepas tidur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.nam] | برسنم

Definisi : 1 melakukan gerak badan dgn cara-cara tertentu. 2 menggeliat ketika bangkit drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senam
Kata Terbitan : senaman, bersenam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paddockpadokVeterinarTiadaKawasan berpagar yang digunakan sebagai tempat untuk haiwan meragut atau bersenam. Biasanya kawasan ragutan pastura dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil untuk menempatkan ternakan dalam tempoh tertentu. Bagi perladangan yang mengamalkan sistem ragutan ekstensif, kawasan ragutan akan dibahagikan kepada beberapa petak supaya ternakan boleh ditempatkan dalam kawasan ini secara bergiliran. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan rumput dalam sesuatu petak dapat tumbuh secukupnya sebelum diragut semula dan juga untuk mengelakkan serangan parasit. Bagi sesetengah ternakan seperti kuda, kawasan ini biasanya terletak berhampiran kandang yang berlantaikan tanah atau tanah yang ditutup pasir bagi membolehkan kuda bersenam.
flaccidlembikSukanTiadaIstilah yang merujuk kepada otot yang lembik kerana kurang bersenam atau kecacatan.
heat crampkekejangan habaMakanan dan PemakananPemakananKekejangan otot yang menyakitkan akibat bersenam dalam keadaan panas yang berpanjangan tanpa penggantian air dan garam.
bulimiabulimiaKejururawatanTiadaPengambilan pemakanan yang abnormal bercirikan enggan makan, sengaja memuntahkan makanan, mengambil laksatif ataupun bersenam berlebihan untuk memastikan berat badannya rendah.
activity spacesruang aktivitiLandskapTiadaRuang da lam landskap yang diperuntukkan untuk aktiviti tertentu seperti ruang rehat dan ruang bersenam. Sinonim ruangan aktiviti.
osteoporosis carejagaan osteoporosisKejururawatanTiadaPenjagaan kesihatan individu yang mengalami tulang rapuh akibat proses penuaan. Contohnya, pengambilan kalsium dalam makanan seperti susu dan bahan tenusu serta bersenam untuk menguatkan jisim tulang.
broncheal asthmaasma bronkialPerubatanTiadaKeadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.
bronchial asthmaasma bronkialPerubatanFarmakologi

Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan.  Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin.

health psychologypsikologi kesihatanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada perkaitan antara tingkah laku dan pemuliharaan kesihatan di samping menjelaskan prinsip psikologi dalam sesuatu tindakan untuk mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit. Penemuan baharu tentang penyakit yang dihidapi oleh manusia terutama yang bersifat kronik lebih banyak berkait secara langsung atau tidak langsung dengan gaya hidup individu. Tingkah laku berisiko seperti merokok, membiarkan stres berlarutan menyerang diri, penyalahgunaan dadah, amalan tingkah laku seksual yang tidak selamat, kurang bersenam atau memandu laju boleh menjadi punca berlakunya kecelaruan yang kronik. Ahli psikologi kesihatan biasanya akan mengkaji dan menyarankan beberapa teknik yang dipercayai boleh mengurangkan risiko kemalangan atau penyakit. Antara saranan yang dicadangkan ialah mendapat tidur yang secukupnya, menjaga berat badan, mengurangkan atau berhenti merokok, mengelakkan penyalahgunaan dadah dan meningkatkan senaman.

Kembali ke atas