Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.ja.ta] | برسنجات

Definisi : memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersenjata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armed robberyrompakan bersenjataKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kekerasan yang melibatkan pengambilan atau percubaan mengambil sesuatu barang milik mangsa dengan menggunakan senjata.
response forcespasukan tindak balasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangTiadaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara yang sama terhadap tawanan perang Muslim.
secessionpemisahanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka.

Kembali ke atas