integrated circuit packaging | pembungkusan litar bersepadu | Kejuruteraan | Tiada | Pembungkusan yang mengandung litar bersepadu dan membolehkan penyambung dari luar ke litar bersepadu tersebut. |
monolithic integrated circuit | litar bersepadu monolit | Kejuruteraan | Tiada | Litar bersepadu yang elemennya terletak pada atau dalam substratum separa pengalir atau setidak-tidaknya satu elemen terletak dalam substratum. |
linear integrated circuit | litar bersepadu linear | Kejuruteraan | Tiada | Litar bersepadu yang keluarannya kekal berkadaran dengan aras masukan. |
monolithic integrated circuit | litar bersepadu monolitik | Teknologi Maklumat | Tiada | Litar bersepadu yang menggunakan bahan aktif seperti semikonduktor silikon, untuk membentuk landasan atau dasar tempat komponen dilekatkan. |
integrated demand meter | meter permintaan bersepadu | Kejuruteraan | Tiada | Meter yang menunjukkan atau merekodkan permintaan yang bersepadu. |
ASIC (application specific integrated circuit) | ASIC (litar bersepadu aplikasi khusus) | Teknologi Maklumat | Tiada | Litar bersepadu yang direka bentuk untuk aplikasi khusus seperti penyahkodan penstriman video. |
merged transistor logic | logik transistor tercantum | Kejuruteraan | Tiada | Litar bersepadu yang menggunakan struktur get transistor dwikutub yang ringkas dan bersepadu dan berupaya mewujudkan pengamiran skala besar terhadap silikon untuk ingatan, litar jam, logik tatasusunan dan juga dalam penggunaan analog dan digital yang lain. |
integrated campaign | kempen bersepadu | Komunikasi | Korporat | Strategi pelaksanaan kempen yang menggunakan kepelbagaian pendekatan dan gabungan organisasi yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu kempen. Kempen jenis ini biasanya melibatkan kos yang tinggi dan tenaga manusia yang ramai serta pihak lain yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan sesuatu kempen. Contohnya, kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini boleh melibatkan organisasi seperti Pasukan Keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerja Raja, syarikat insurans, dan pihak pengurusan lebuh raya. Oleh itu, kempen jenis ini kerap menggunakan semua saluran media, sama ada media cetak, elektronik, atau komunikasi bersemuka. Tempoh dan peringkat pelaksanaan sesuatu kempen biasanya ditetapkan oleh jawatankuasa bersepadu yang terdiri daripada wakil organisasi yang terlibat. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memantau perjalanan dan keberkesanan kempen yang dilaksanakan. Kempen ini lebih bersifat khidmat awam. Kempen bersepadu juga digunakan oleh pihak swasta apabila beberapa syarikat berkongsi sumb |
Gypsy verification environment | persekitaran penentusahan Gipsi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Unitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat. |
integrated pest management | pengurusan perosak bersepadu | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pengawalan perosak yang boleh diamalkan secara ekonomi, selain dapat memberikan kesan baik pada persekitaran. Pendekatannya ialah dengan menggantikan penggunaan racun kimia kepada kaedah biologi, seperti penggunaan musuh semula jadi kepada serangga perosak dan agen penyakit. Kaedah ini tidak semestinya menyahkan penggunaan bahan kimia sepenuhnya, tetapi lebih kepada mengurangkan penggunaannya di mana sesuai. Antara contoh pengurusan perosak bersepadu ialah penggunaan kumbang kekura untuk mengawal perosak afid dan penggunaan burung hantu untuk mengawal serangan tikus di kawasan kelapa sawit. |