Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.dang] | برسيدڠ

Definisi : mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.si.dang] | برسيدڠ

Definisi : bertemu utk berunding; mengadakan sidang: Usul itu telah dibawa ke majlis mesyuarat Raja-Raja Melayu yg ~ dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sidang1 (kata nama)
1. Bersinonim dengan sekalian anggota: seluruh ahli

2. Bersinonim dengan segala: sekalian, para, semua,

3. Bersinonim dengan persidangan: perjumpaan, mesyuarat, rapat, pertemuan, muktamar,

Kata Terbitan : bersidang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
legislativelegislatifSains PolitikPolitik PerbandinganBadan yang terdiri daripada wakil rakyat dan anggota terpilih yang bersidang di dewan perundangan (parlimen) dan bertanggungjawab dalam menggubal dan meminda undang-undang, perlembagaan atau dasar negara. Badan ini dipimpin oleh ketua negara dan merupakan salah satu badan pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman. Badan ini bertanggungjawab menggubal semua dasar negara yang melibatkan pembangunan ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan nasional. Ia bersidang mengikut jadual dan anggotanya boleh bertukar secara lantikan atau selepas pilihan raya. Contohnya, Parlimen Malaysia merupakan satu badan legislatif. Sinonim perundangan.
computer-based collaborative learningpembelajaran kolaboratif berasaskan komputerTeknologi Maklumate-PembelajaranPembelajaran sekumpulan pelajar dan/atau pengajar dalam menyelesaikan masalah, menyiapkan tugasan atau berkolaborasi bersama-sama, dengan menggunakan komputer untuk berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen atau paparan komputer dan lain-lain.
collaborative intelligence toolsalat kecerdasan kolaboratifTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola.

Kembali ke atas