Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sis.tem] | برسيستم

Definisi : ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Systemic Pedalling Device (S.P.D.)Peranti Pengayuh Bersistem (P.P.B.)SukanLumba BasikalSalah satu jenis pengayuh tanpa pencengkam.
systematized nomenclature of medicine-clinical terms (SNOMED-CT)tatanama perubatan bersistem-istilah klinikal (SNOMED-CT)Teknologi Maklumate-KesihatanPerbendaharaan kata multilingual yang piawai bagi istilah klinikal untuk pertukaran maklumat kesihatan klinikal secara elektronik. SNOMED-CT kini mengandungi lebih daripada 300,000 konsep perubatan yang dibahagikan kepada hierarki berbeza seperti struktur badan, penemuan klinikal, lokasi geografi, farmaseutikal dan produk biologi. Setiap konsep ini diwakili oleh satu angka tersendiri dan beberapa konsep ini boleh digunakan secara serentak untuk menggambarkan suatu keadaan yang kompleks. SNOMED-CT memberikan satu standard yang membolehkan keadaan perubatan dan gejala dapat dirujuk. Sistem rujukan berangka ini juga memudahkan pertukaran maklumat klinikal dalam kalangan pembekal penjagaan kesihatan yang berbeza dan sistem rekod perubatan elektronik (EMR).
herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
discharge planningperancangan discaj/ perancangan kepulangan pesakitKejururawatanTiadaPenyediaan bersistem kepada pesakit dan keluarga yang dibenarkan pulang dari hospital untuk mengekalkan penjagaan berterusan.
Systemic Transmission Index (S.T.1.)Indeks PenghantaranBersistem (I.P.B.)SukanLumba BasikalAlat penukar derailleur secara bersistem.
consolidated health informatics (CHI)informatik kesihatan tergabung (CHI)Teknologi Maklumate-KesihatanInisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT).

Kembali ke atas