strata property / stratified property | harta tanah berstrata | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
strata property / stratified property | harta tanah berstrata | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
social stratum | lapisan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan. |
social class theory | teori kelas sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kelas. |
communism | faham komunis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme. |
gravity wave | gelombang graviti | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan yang dijana di permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di batas, di antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil. Gelombang graviti pada permukaan udara laut dikenali sebagai gelombang graviti permukaan, manakala gelombang yang berada dalam jasad air pula dikenali sebagai gelombang dalaman. Gelombang yang disebabkan oleh angin pada permukaan air adalah seperti gelombang graviti yang menghasilkan tsunami dan pasang surut lautan. |