Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sya.rat] | برشرط

Definisi : ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sya.rat] | برشرط

Definisi : ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconditional surrenderpenyerahan tanpa syaratSains PolitikPolitik PerbandinganMengaku kalah secara sukarela tanpa memberi sebarang syarat yang perlu dipatuhi. Penyerahan dalam peperangan atau sebarang konflik boleh dibuat secara bersyarat atau tidak bersyarat. Penyerahan tanpa syarat membawa maksud tidak ada sebarang tuntutan disertakan dengan penyerahan tersebut. Penyerahan bersyarat pula membawa maksud penyerahan itu disertai dengan tuntutan seperti tidak dipenjara, tidak perlu membayar pampasan atau tidak mahu dihebohkan. Contohnya, Jepun menyerah tanpa syarat setelah bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.
conditional joynikmat bersyaratKesusasteraanTiadaMotif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains.
conditional faretambang bersyaratPelanconganTiadaTambang penerbangan yang menjamin tempat duduk pada penerbangan seterusnya, sekiranya penerbangan semasa penuh.
qualified interestkepentingan bersyaratPenilaian Harta TanahTiadaTiada
conditional contractkontrak bersyaratPenilaian Harta TanahTiadaTiada
conditionally renewableboleh baharu bersyaratinsuransTiadaKontrak yang memperuntukkan bahawa insured boleh membaharui polisinya sehingga tarikh atau umur lanjut yang ditetapkan tertakluk kepada hak insurer untuk menolak pembaharuan mengikut syarat yang telah dicacatkan dalam kontrak.
qualified feepegangan kekal bersyaratPenilaian Harta TanahTiadaTiada
conditional gene expressionpengekspresan gen bersyaratBioinformatikBioinformatik MolekulPengekspresan gen atau produk gen yang berupaya diaktifkan atau direncatkan pada masa atau keadaan tertentu.
unconditional positive regardanggapan positif tak bersyaratPerubatanPsikiatriPenerimaan pesakit secara menyeluruh tanpa syarat oleh doktor yang merawatnya.
planning permissionkebenaran merancangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPersetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalan- kan aktiviti pembangunan.
12

Kembali ke atas