program music/programme music | muzik program | Muzik | Tiada | Muzik bertajuk deskriptif atau muzik berdasarkan sesuatu cerita. Karya menggambarkan maksud tajuk atau cerita tentang idea seperti pemandangan, perwatakan dan cinta. Contohnya, Symphonie Fantastique, Op. 14 (1830) oleh Berlioz. Lihat juga muzik perwatakan, puisi simfoni. |
sailor hat | topi kelasi | Kesenian | Tiada | 1. Topi daripada fabrik duk putih, tajuk berpesak dan tepi birainya dijahit tindih dan dilipat ke atas. Dikenali juga dengan nama topi gob atau topi tenis.,2. Topi wanita berbirai lurus, bertajuk leper dan rendah. Dipakai sejak tahun 1860-an dan dipopularkan semula pada tahun 1890-an sebagai pakaian sukan.,3. Topi beret berwarna biru kelasi, reben dilekat di pangkal tajuk dan biasanya dihias dengan sebarang nama kapal yang bersulam. Pakaian kanak-kanak lelaki yang popular pada tahun 1880-an. |
Tondichtung | Tondichtung | Muzik | Tiada | Sejenis muzik program bagi orkestra. Istilah ini diperkenalkan oleh Liszt pada tahun 1854 untuk karya beliau yang bertajuk Tasso (1849). Karya jenis ini mempunyai tajuk deskriptif tentang subjek seperti mitos, kesusasteraan dan fantasi. Contohnya, Also Sprach Zarathustra, Op. 30 (1896) oleh Richard Strauss dan La Mer (1903-1905) oleh Debussy. Lihat juga muzik perwatakan. |