accountable administrator | pentadbir bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai tersebut turut terlibat dalam penggubalan dasar dan bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan dan pelaksanaannya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap setiap perbelanjaan dan kualiti sesebuah projek. Bagi menyemak pelaksanaannya, pegawai perlu mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, pegawai tersebut perlu mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera agar tidak memberikan impak negatif. |
accountable public manager | pengurus awam bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai. |
accountable management | pengurusan bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan. |
administrative officer | pegawai tadbir | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran sesebuah organisasi. Tugas dan fungsi mereka adalah berdasarkan bentuk struktur organisasi sesebuah jabatan. Pegawai Tadbir bertanggungjawab membuat keputusan, memimpin kakitangan bawahannya, melaksanakan dasar dan mengkoordinasikan aktiviti jabatan. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan seorang Pegawai Tadbir yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pentadbiran kerajaan. |
wardrobe supervisor | penyelia busana | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab menyelia segala busana untuk kegunaan di lokasi penggambaran. Beliau juga bertanggungjawab mendapatkan busana yang sesuai untuk dipakai oleh pelakon. |
stage manager | pengurus pentas | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti pementasan dan penggambaran supaya berjalan lancar. Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan petugas-petugas pentas di bawah kelolaannya. |
traceable expenditures | perbelanjaan surihan | Komunikasi | Korporat | Peruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan. |
Llyod's underwriter | pengunderait Lloyd | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang mengunderait risiko melalui kemudahan di Llyod. Mereka ini akan bertanggungjawab ke atas risiko yang diterima oleh mereka tetapi tidak bertanggungjawab ke atas risiko ahli sindiket mereka atau keseluruhan persatuan. |
collaborator | kolaborator | Perpustakaan | Tiada | 1. Kolaborator: Seseorang yang bekerjasama dengan seseorang atau beberapa orang lain dalam penulisan buku dan bertanggungjawab terhadap beberapa aspek di dalam karya yang dihasilkan tetapi tidak bertanggungjawab kepada kandungan karya secara keseluruhannya. |
County Council | Majlis Kawasan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. |