industrial restructuring | susun semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
restructuring of industry | penyusunan semula industri | Ekonomi | Tiada | Dasar dan strategi untuk mengubah semula struktur industri untuk mencapai matlamat jangka panjang, seperti mengubah penumpuan industri penggantian import kepada industri perkembangan eksport, daripada industri ringan kepada industri berat, daripada industri berteknologi rendah kepada yang berteknologi tinggi, dan dari bandar ke luar bandar. |
MIDI | MIDI | Muzik | Tiada | Peranti dan perisian berteknologi tinggi dalam bidang penataan atau susunan muzik. |
Deacon process | proses Deacon | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses berteknologi rendah untuk menukarkan hidrogen klorida kepada gas klorin menurut tindak balas berikut: 4HC1 + O2 � 2C12 + 2H2O, dengan menggunakan mangkin kuprum klorida pada suhu 600�C. Proses ini tidak cekap kerana mangkin mudah m eruap dan masalah kakisan peralatan tidak dapat dielakkan sebab suhu pengoperasian yang terlalu tinggi. Lihat juga proses Kel-Chlo. |
special spectacular effect | kesan khas gemilang | Komunikasi | Korporat | Hasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini. |
cache memory | ingatan para | Matematik | Tiada | Sejenis ingatan yang tercetak di antara pemproses dan ingatan utama dalam sistem berteknologi tinggi. |
memory stick | jalur ingatan | Komputer | Tiada | Kad bercip kecil yang memuatkan data, lazimnya diletakkan pada computer riba atau telefon berteknologi baru. |
venture company | syarikat usaha niaga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat yang bermastautin di Malaysia yang terlibat dalam perusahaan berisiko tinggi atau berteknologi baru yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. |
activity of government | aktiviti kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kegiatan atau usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah dalam menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Segala kegiatan pihak pemerintah mestilah memberikan manfaat yang berguna untuk kepentingan rakyat. Setiap tindakan pemerintah mempunyai matlamat tertentu yang hendak dicapai serta merangkumi semua program, projek dan tindakan rasmi pemerintah untuk kebaikan rakyat. Contohnya, Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan salah satu daripada program yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah untuk mempersiapkan masyarakat menjadi bangsa yang maju, dinamik dan berteknologi. |