metaphysical poetry | puisi metafizikal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi bertemakan falsafah dan agama yagn menggunakan unsur wit, paradoks, kiasan akal, dan gaya berhujah. Ciri-ciri utama puisi ini adalah mengemukakan hujah untuk meyakinkan dan menyampaikan sesuatu idea yang abstrak. Puisi ini mempunyai struktur yang logikal dan mengandungi kualiti dramatik yang jelas. Pada amnya, puisi ini menjurus kepada keintelektualan dan menerangkan perkara emosi atau spiritual secara logikal. Puisi metafizik menggunakan imejan daripada pengalaman harian atau alam sains dan pengetahuan. Pada asalnya, puisi ini merujuk kepada karya John Donne dan pengikutnya seperti Herbert, Marvell, Crashaw dan Vaughan. Puisi ini muncul sebagai puisi tentangan terhadap puisi cinta zaman Elizabethan. Berbanding dengan puisi lirik, ritma puisi metafizikal lebih mirip kepada bahasa pertuturan seolah-olah berdialog. Contohnya, puisi berjudul the Flea oleh Donne. Puisinya pintar dan terserlah dengan penggunaan imejan harian, unsur kiasan akal, paradoks, mainan kata, dan bersifat dialek. Lihat juga kiasan, l |
new comedy | komedi baru | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama. |
constructive philately | filateli binaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Filateli khusus yang bertemakan bidang reka bentuk bangunan. |
g�tterd�mmerung | g�tterd�mmerung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�. |
apocalyptic drama | drama akhir zaman | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang bertemakan situasi dunia yang menghampiri kiamat. |
political propaganda stamp | setem propaganda politik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan yang bertemakan slogan politik nasional seperti menggunakan sesuatu peristiwa. |
entropic romance | roman entropi | Kesusasteraan | Tiada | Naratif futuristik dalam fiksyen sains dan fantasi yang bertemakan kemusnahan dunia dan cakerawala. Dunia secara beransur-ansur melalui proses kebinasaan semula jadi dan hukum-hakam termodinamik. |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |
socialist realism | realisme sosialis | Kesenian | Tiada | Stail seni lukis rasmi Soviet Union yang berbentuk realis dan bertemakan sosialis. |
bergerette | bergerette | Muzik | Tiada | Lagu popular Perancis pada abad ke 18. Teks lagu ini bertemakan cinta atau pastoral dalam bahasa Perancis. Bergerette merupakan salah satu bentuk formers fixes pada abad ke-15. Bergerette juga merupakan tarian instrumental abad ke-16 yang bertempo laju dan bermeter tripel. |