Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tém.po] | برتيمڤو

Definisi : mengikut tempo: sebuah lagu joget ~ perlahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tém.po] | برتيمڤو

Definisi : memakai atau mempunyai tempo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertempo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alla brevealla breveMuzikTiada

Meter dupel yang bertempo cepat. Setiap bar mengandungi dua not minim, iaitu setiap satu minim bernilai satu detik.Meter ini khususnya digunakan dalam muzik yang bertempo rancak seperti kugiran. Meter ini biasanya ditandai dengan simbol ¢

nasibnasibMuzikTiada

 Lagu bangsawan yang dinyanyikan dengan perasaan dan suasana yang sedih. Contohnya, lagu asli yang bertempo perlahan dinyanyikan semasa seorang pelakon berasa se­dih dalam sesuatu pementasan bangsawan. Sinonim lagu nasib.

rigaudonrigaudonMuzikTiada

Tarian rakyat Perancis yang popular pada Zaman Barok. Rigaudon bermeter dupel, berbentuk biner, bertempo rancak dan bersemangat. Rigaudon merupakan salah satu daripada tarian pilihan dalam suite Zaman Barok. Sinonim rigodon.

nocturnenocturneMuzikTiada

 Muzik instrumental yang membayangkan suasana malam. Nocturne mempunyai melodi yang merdu dan lemah gemalai, bertempo perlahan, mempunyai dinamik yang halus dan lembut, serta bersifat sentimental dan romantik. Contohnya, karya Nocturne oleh Chopin.

boleroboleroMuzikTiada

 Tarian Sepanyol yang bertempo sederhana dan bermeter atau berirama. Bolero popular pada akhir abad ke-18 dan abad ke-19. Tarian ini ditarikan oleh seorang penari atau secara berpasangan. Penari diiringi penyanyi dan kastanet. Kadangkala gitar dan tamburin turut dimainkan. Tarian ini merupakan sejenis hiburan bagi masyarakat di Sepanyol. Tarian ini juga terdapat di Cuba.Tarian hiburan Cuba ini diiringi alat genderang seperti bongo, dram conga dan klaves.

LandlerLandlerMuzikTiada

 Tarian di istana Austria, Bavaria dan Bohemia yang popular pada abad ke-19. Tarian ini berasal daripada tarian rakyat. Landler bermeter tripel dan bertempo perlahan seperti waltz.

sarabandesarabandeMuzikTiada

 Muzik tarian Zaman Barok dalam meter tripel dan bertempo perlahan. Sarabande ialah salah satu tarian dalam suite Zaman Barok. Sarabande muncul pada abad ke-16 di Sepanyol dan di Amerika Latin, dan diperkenalkan di Itali pada awal abad ke-17.

pastoralepastoraleMuzikTiada

 1.Muzik instrumental atau vokal yang menggambarkan kehidupan peladang. Karya jenis ini bermeter 6/8 atau 12/8, bertempo sederhana dan melodinya lemah gemalai. Dron yang meniru beg paip gembala kambing merupakan salah satu daripada ciri muzik jenis ini. Contohnya, gerakan finale, allegro spiritoso dalam Symphony, No. 104 oleh Haydn (1732 -1809), Symphony, No. 6 F major, Op. 68 dan Pastorale oleh Beethoven (1770-1827). 2. Gaya persembahan yang menyerupai suasana desa yang aman dan tenteram. Muzik jenis ini biasanya menggunakan meter 6/8 atau 12/8 dan bertempo sederhana dengan melodi yang bercorak lemah gemalai.

passepiedpassepiedMuzikTiada

 Sejenis tarian rancak Perancis yang popular pada abad ke-17. Passepied bermeter 3/8 atau 6/8, bertempo laju dan bersemangat yang merupakan salah satu daripada tarian pilihan dalam suite Zaman Barok.

pavanapavanaMuzikTiada

 Tarian istana yang berasal dari Itali yang popular pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pavana bermeter dupel dan bertempo sederhana. Pavana biasanya diikuti sebuah tarian yang lebih laju seperti galliard.

123

Kembali ke atas