Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Hendak berlengu boleh berlengu,
     Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
     Hendak bertemu sesama seorang.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Bermaksud :

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
تأويل السندta’wil sanadAgama IslamHadithLafaz yang disebut oleh guru yang mempunyai sanad apabila bertemu dengan huruf ح bagi menunjukkan peralihan sanad kepada sanad yang lain yang akhirnya kedua-dua sanad itu bertemu semula.
meetbertemu; pertemuanMatematikTiadaTiada
التقأ الختانينbersetubuh/bertemu dua khitanAgama IslamFiqhPerhubungan jenis kadar hasyafah di antara lelaki dengan perempuan.
osculateoskulatMatematikTiadabertemu pada satu titik di mana kedua-duanya mempunyai suatu tangen sepunya.
media tourlawatan mediaKomunikasiKorporatAktiviti bertemu dengan pihak media yang dianjurkan oleh organisasi. Aktiviti ini boleh berlaku dalam dua cara. Pertama, pihak organisasi atau wakilnya membuat lawatan ke agensi media yang strategik. Kedua, pihak organisasi mengundang wakil media melawat organisasi atau syarikat. Dari segi perhubungan awam dan komunikasi korporat, lawatan media merupakan salah satu aktiviti proaktif pihak pengurusan organisasi bagi mendapatkan ruang promosi dan publisiti sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam keadaan sesebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis, lawatan daripada pihak media ke organisasi berkenaan boleh membantu mengurangkan tekanan krisis melalui liputan positif media terhadap organisasi. Keadaan ini boleh memulihkan keyakinan khalayak terhadap organisasi.
concurrentserentakMatematikTiadaKeadaan yang sama-sama bertemu pada suatu titik.
competent lipbibir kompetenPerubatanTiadaBibir yang bertemu dan menutup mulut semasa mandibel dan otot muka berehat.
visiting teampasukan pelawatSukanTiadaPasukan yang bertemu di tempat lawan.
الصحابىsahabat NabiAgama IslamHadithSeseorang yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya serta mati dalam iman.
diastasisdiastasisPerubatanTiadaPemisahan dua tulang yang bertemu tanpa sendi sebenar. Misalnya, pemisahan simfisis pubis atau pemisahan di antara ulna dengan radius.
12345678910...

Kembali ke atas