Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.na.ga] | برتناݢ

Definisi : 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.na.ga] | برتناݢ

Definisi : mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,

Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
film screenskrin filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLapisan bahan yang diletakkan filem di dalamnya dan berfungsi untuk menapis sinaran bertenaga rendah dan hanya membenarkan sinaran bertenaga tinggi melepasinya serta menapis sinaran yang datang daripada sinaran serak balik.
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
energetic fuelbahan api bertenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena.
Compton scatteringpenyerakan ComptonTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton.
annihilation radiationsinaran musnah habisTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinaran sekunder yang terhasil semasa penggunaan radiografi sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi. Sinaran sekunder ini terjadi apabila elektron dan positron terhasil akibat pemusnahhabisan sinaran foton. Positron yang terhasil mempunyai tempoh hayat yang singkat, bercas positif dan berjisim sama dengan elektron serta hilang melalui penghasilan dua foton. Sinaran musnah habis terhasil apabila positron bertembung dengan elektron dan menyebabkan kedua-duanya musnah dan hilang. Pertembungan ini menghasilkan sinar gama yang bertenaga 511 keV dan bergerak ke arah bertentangan.
low energy electron diffraction (LEED)belauan elektron tenaga rendah (LEED)FizikNanoteknologiBelauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal.
mass spectrometryspektrometri jisimHerbaTiadaKaedah pemusnahan yang digunakan untuk menganalisis struktur suatu molekul yang dibedil oleh elektron atau proton bertenaga tinggi dan menghasilkan fragmen bercas yang spektrumnya dapat dianalisis melalui perbezaan jisim. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum jisim suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
sputteringpercikanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
photoelectric effectkesan fotoelektrikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi.
scattered radiationsinaran terserakTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSinaran yang berubah arah tujunya setelah melalui atau diserakkan oleh sesuatu medium. Sinaran ini bertenaga rendah dan perlu dikawal semasa kerja-kerja radiografi industri sedang dijalankan. Sinaran terserak akan menurunkan kualiti imej radiografi dan boleh menyebabkan tahap kepekaan yang diperlukan tidak dapat dicapai.
12

Kembali ke atas