Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
criss-cross waysjalan berselang-seliSejarahTiadaLaluan yang bertentangan arah secara selang-seli di antara satu dengan yang lain.
opposing windangin lawanMeteorologiMeteorologi Perhubungankhususnya, angin yang bertiup bertentangan arah dengna kemaraan gelombang lautan, iaitu berlawanan dengan angin turutan. Amnya angin lawan sama dengan angin sakal.
differential generatorpenjana kebezaanTeknikElektrikPenjana yang medan belitan siri dan piraunya bertentangan arah, dan dengan itu arus keluaran maksimum penjana itu dapat dihadkan.
couplegandinganFizikMekanikSuatu sistem dua daya selari yang mempunyai nilai yang sama tetapi bertentangan arah.
Differential compound motormotor majmuk kebezaanTeknikElektrikMotor majmuk yang kedua-dua medan belitannya bertentangan arah. Dengan itu, motor akan berkurangan kecekapannya tetapi kelajuannya malar, sama ada berbeban atau tidak.
anticlockwiselawan arah jamMatematikTiadaArah pusingan bertentangan arah pusingan jarum jam.
differential motormotor kebezaanTeknikElektrikMotor arus terus yang mempunyai belitan pirau dan siri. Medan kedua-dua belitan ini bertentangan arah antara satu sama lain. Motor kebezaan digunakan untuk mendapatkan laju malar.
wind dividelegih anginSainsHidrometeorologiSuatu rupa muka separa kekal edaran atmosfera (biasanya, rabung tekanan tinggi). Di sisi-sisinya yang bertentangan, arah angin lazim berbeza sekali. Suatu contoh yang baik ialah rabung yang menganjur dari kawasan tekanan tinggi Siberia ke barat merentasi Eropah tengah dan Perancis di musim sejuk dan, kurang kerap, dari kawasan tekanan tinggi Azores merentasi Sepanyol dan Perancis ke Eropah tengah di musim panas. Ke utara dari rabung ini, angin lazim bertiup dari barat-barat daya, sementara ke selatan dari rabung ini angin lazim umumnya dari timur laut.
compensating windingbelitan pemampasanTeknikElektrikbelitan yang dipasang dalam lubang alur di permukaan kutub utama dan disambung selari dengan angker. Arus yang mengalir dalam belitan ini bertentangan arah dengan arus angker. Belitan pemampasan digunakan untuk mengurangkan tindak balas angker pada motor elektrik.
divergent transcriptiontranskripsi tercapahBiologiGenetikTranskripsi yang berlaku dalam dua arah daripada satu kawasan pusat yang mengandungi dua promoter yang bertentangan arah.
12345678910

Kembali ke atas