Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ter.ba.ngan] | برتربڠن

Definisi : 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ter.ba.ngan] | برتربڠن

Definisi : 1 terbang atau me­layang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan melayang: bergerak di udara, mengapung,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, langsai, lingkup,

3. Bersinonim dengan berkhayal: berangan-angan, mengangan, mengangan-angan, mengelamun, melayang jauh, mengerawang, termenung-menung, membayang-bayangkan,

Kata Terbitan : berterbangan, menerbangkan, penerbang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blue butterfliesrama-rama biruBiologiEntomologiRama-rama dalam famili Lycaenidae, yang kecil dan berterbangan seperti burung laying-layang, misalnya rama-rama biru biasa (Polyommatus icarus), rama-rama biru kecil (Cupido minimus), rama-rama biru besar (Maculinae arion), dan rama-rama biru bukit kapur (Lysandra corion). Larvanya merembeskan cecair manis yang disukai semut.
suspensionampaianPertanianTiadaPergerakan jarak jauh zarah tanah, biasanya bersaiz <0.1 mm garis pusat , seperti berterbangan di atas angin setinggi > 15sm.
sight fishingtinjau lokasiPerikananTiadaKaedah yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi memancing yang mempunyai banyak ikan. Contohnya, dengan memerhatikan burung yang berterbangan di udara yang boleh dijadikan petunjuk kehadiran ikan. Selain itu, permukaan air yang berkilauan hasil daripada balikan cahaya daripada kumpulan ikan pada waktu malam juga boleh dijadikan petunjuk kehadiran ikan di suatu kawasan.
bai‘ ja’izjual beli dibolehkanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang boleh dilakukan dalam keadaan logik seperti akad yang wujud di bawah pelbagai akad apabila pihak berkontrak mempunyai pilihan untuk menggunakan akad yang bersesuaian mengikut pilihan mereka. Jual beli yang tidak logik tidak boleh dianggap sebagai suatu jual beli, seperti ingin menjual burung yang masih berterbangan di langit.

Kembali ke atas