Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous fuel injectionsuntikan bahan api berterusanKejuruteraan AutomotifEnjinProses suntikan bahan api ke dalam enjin secara berterusan untuk membolehkan pembakaran berlaku tanpa henti. Proses ini berlaku dalam keadaan tekanan malar dan berkebolehan menjana kuasa secara berterusan. Proses suntikan biasanya digunakan dalam enjin turbin gas. Sinonim pancitan bahan api berterusan.
continuantberterusanSains KesihatanTiadaBunyi yang dapat dihasilkan secara berterusan seperti /m/, /n/, dan /l/ .
constitutive gene expressionpengekspresan gen berterusanBioinformatikBioinformatik MolekulPengekspresan gen yang berlaku secara berterusan, tanpa henti dan tidak bergantung kepada keadaan sel atau persekitarannya.
continuous fuel injectionpancitan bahan api berterusanKejuruteraan AutomotifEnjinLihat suntikan bahan api berterusan.
continuous extractionpengekstrakan berterusanKimiaKimia AnalisisPengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet.
persistent somatoform pain disordergangguan nyeri somatoform berterusanPerubatanPsikiatriPenyakit atau gangguan psikiatri yang dihidapi oleh seseorang apabila mengalami sakit atau nyeri yang berterusan tanpa sebarang masalah fizikal.
circular flowaliran pusinganEkonomiTiadaPergerakan yang berterusan bagi barang dan perkhidmatan, perbelanjaan pengguna, faktor pengeluaran, dan pendapatan faktor antara unit-unit ekonomi seperti isi rumah dengan firma. Dalam pasaran barang, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi barang dan perkhidmatan yang ditukarkan dengan perbelanjaan pengguna yang dinyatakan dalam nilai wang. Dalam pasaran faktor, aliran pusingan melibatkan pergerakan berterusan bagi faktor pengeluaran yang ditukarkan dengan pendapatan faktor seperti sewa, upah, bunga, dan untung, yang dinyatakan dalam nilai wang.
continuous gas liftangkat gas berterusanKejuruteraanTiadaSalah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan.
persistentberterusanPertanian OrganikTanaman Makanan-
continuously separatedterasing berterusanPertanian OrganikTanaman Makanan-
12345678910...

Kembali ke atas