nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
masking agent | agen penopengan | Kimia | Kimia Analisis | Reagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain. |
cross-reacting antigen | antigen tindak balas silang | Sains Forensik | Tiada | Antigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. |
nascent state | keadaan nasen | Fizik | Nanoteknologi | Satu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa. |
chemoreceptor | kemoreseptor | Kejururawatan | Tiada | Kumpulan sel yang bertindak balas terhadap kehadiran sebatian kimia tertentu dengan mencetuskan impuls pada saraf deria. Kemoreseptor terdapat pada tunas rasa dan dalam membran mukosa hidung. |
effector | efektor | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur pada organ yang bertindak balas terhadap arahan (impuls) yang diterima daripada sistem saraf pusat. Contoh efektor ialah otot dan kelenjar. |
autism | autisme | Perubatan | Psikiatri | Keadaan kanak-kanak yang tidak bertindak balas terhadap orang lain dan sukar untuk bertutur. |
antibody | antibodi | Perikanan | Akuakultur | Sejenis protein darah yang dihasilkan untuk bertindak balas terhadap kehadiran antigen dalam salur darah seperti bakteria, virus dan bisa serangga. Protein ini akan bergabung dengan antigen tersebut untuk mencegah pembiakan atau memusnahkan antigen tersebut. Antibodi yang terhasil adalah spesifik terhadap antigen tersebut. |
interactive multimedia | multimedia interaktif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Multimedia digital yang bertindak balas kepada input pengguna melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan tetikus, kemasukan teks dan sebagainya. Lihat juga media interaktif. |
interactive video | video interaktif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Video digital yang bertindak balas kepada input pengguna melalui arahan suara, skrin sentuh, pergerakan tetikus, kemasukan teks dan sebagainya. Contoh video interaktif ialah permainan video. Lihat juga media interaktif. |