Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Bertolak dari Kimanis,
     Belayar angin utara;
Berhadapan mulutnya manis,
     Lain belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pluralismpluralismeKesusasteraanTiadaKonsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja.
fundamentalismfaham fundamentalisSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran yang dikaitkan dengan gerakan yang berpegang kepada prinsip asas sesuatu agama atau kepercayaan. Pemikiran ini tidak bertolak ansur dengan sebarang pandangan khususnya fahaman sekular. Pada asalnya fahaman ini tidak memiliki sebarang kecenderungan negatif, namun perkembangannya kini sering dikaitkan dengan gerakan militan dan terorisme seperti gerakan mempertahankan tanah air dan kemerdekaannya. Contohnya, Gerakan Pejuang Islam, Yahudi dan Kristian di Asia Barat. Sinonim fundamentalisme.
dekorumketertibanKesusasteraanTiadaPrinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. Lihat juga diksi, gaya, konvensi sastera, neoklasisme.
antirealistic fictionfiksyen antirealistikKesusasteraanTiadaFiksyen kontemporari yang menolak teknik biasa seperti plot, perkembangan watak, pemaparan latar yang realistik, tetapi menggunakan unsur absurd dan fantasi. Berbeza dengan fiksyen konvensional, fiksyen antirealistik bertujuan memastikan pembaca tidak mengidentifikasikan dirinya secara realistik dengan watak dalam karya tersebut. Fiksyen antirealistik kontemporari bertolak daripada karya pengarang surrealist Perancis dan karya Franz Kafka dan James Jouce pada awal abad ke-20, khususnya berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk memaparkan pemikiran di bawah sedar. Fiksyen antirealistik juga dikenali sebagai surfiksyen. Lihat juga anankronisme, metafiksyen.

Kembali ke atas