centre party | parti tengah | Sejarah | Tiada | Golongan sederhana yang lebih suka bertolak ansur dengan pihak kerajaan agar segala pelaksanaan pembangunan berjalan lancar. |
reciprocity | kesalingan | Sejarah | Tiada | 1. Prinsip atau amalan saling memberi atau prinsip bertolak ansur yang sering dijadikan dasar utama dalam hubungan antara dua negara yang bersahabat. |
extremism | faham pelampau | Sejarah | Tiada | Fahaman yang menekankan persoalan yang radikal, tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pihak, berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan dan agak melampau dalam tindakannya. |
doctrinaire (person) | pemaham sempit | Sejarah | Tiada | 1. Orang yang berpegang teguh kepada fahamannya sahaja dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dalam menegakkan fahaman tersebut.,2. Ahli atau anggota parti politik di Perancis 1815 - 1830, yang memegang prinsip pemerintahan monarki berperlembagaan dan menolak pandangan golongan revolusi. |
political leadership | kepimpinan politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pentadbiran | Tiada | Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempe |