Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tuah] | برتواه

Definisi : 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Sudah bernama lagi bertuah,
     Singgah bersila lalu duduk;
Asal bunga menjadi pelepah;
     Adakah pelepah melawan pucuk?


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.

Kembali ke atas