Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.juan] | برتوجوان

Definisi : 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.juan] | برتوجوان

Definisi : mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beamlightsinar cahayaKesenianDrama dan TeaterIntensiti pancaran pencahayaan yang bertujuan untuk membangkitkan suasana seperti siang, kebakaran atau sinar matahari terik. Sinar cahaya seperti ini bertujuan untuk difokuskan ke sesuatu kawasan yang agak besar di atas pentas.
government investment certificatesijil pelaburan kerajaanEkonomiEkonomi IslamBon yang dikeluarkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membiayai perbelanjaannya. Di samping itu, sijil ini bertujuan untuk menyediakan instrumen kewangan tanpa faedah bagi membolehkan institusi kewangan Islam melabur dana mudah tunai berdasarkan hukum syarak. Sijil ini tidak melibatkan penentuan awal kadar faedah sebaliknya menggunakan akad qard al-hasan, iaitu pembelian sijil tersebut dianggap memberi pinjaman kebajikan kepada kerajaan bagi membolehkannya melaksanakan projek pembangunan negara.
critiquekritikKomunikasiTiada1. Tulisan atau perbincangan mengenai hasil penulisan, penerbitan dan sebagainya yang bertujuan untuk meneliti hasil karya tersebut secara lebih mendalam. 2. Kajian berbentuk ilmiah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti penghasilan filem.
aerodynamic balanceimbangan aerodinamikAeroangkasaTiadaPermukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk.,Permukaan aerodinamik di hadapan garis paksi engsel yang bertujuan mengurangkan kesan momen engsel permukaan kawalan. Contohnya, pengimbang tanduk.
recognition testuji kenalKomunikasiKorporatKaedah penyelidikan dalam bidang pengiklanan yang bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana seseorang penonton televisyen , pendengar radio, atau pembaca akhbar mengenali atau bertindak balas terhadap sesuatu iklan yang pernah disiarkan. Uji kenal juga bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan khalayak terhadap sesuatu iklan. Kaedah ini boleh bersifat percubaan penuh dan percubaan separa. Kajian ini biasanya dilakukan oleh syarikat atau badan penyelidikan khalayak. Penyelidikan ini dilakukan apabila terdapatnya permintaan dan keperluan daripada sesebuah syarikat. Responden kajian biasanya terdiri daripada khalayak yang terdedah kepada iklan yang disiarkan, sama ada di media massa atau papan iklan. Sesuatu iklan dianggap berjaya sekiranya dikenali oleh responden yang diuji. Tahap ujian pengenalan terhadap iklan bergantung pada unit analisis berikut, iaitu jenama, simbol, bentuk, warna, dendang, slogan, serta mesej tertentu yang hendak disampaikan. Kaedah ini diterima oleh industri pengiklanan kerana boleh men
chandelle manoeuvreolah gerak chandelleAeroangkasaTiadaOlah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.,Olah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.
agro-forestryperhutanan taniHerbaBotani dan BioteknologiBidang kajian mengenai sistem penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk jenis pokok dan herba. Program ini bertujuan untuk pemuliharaan spesies tumbuhan dan mengurangkan hakisan tanah. Program tersebut juga bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, dan meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan. Kaedah ini membolehkan tanaman sampingan dituai sebelum tanaman utama mengeluarkan hasil. Contohnya, menanam tongkat ali di dalam ladang sentang dan jati.
purposivismfaham bertujuanPendidikanTiadaTiada
purposive samplesampel bertujuanKependudukanTiadaTiada
purposive samplesampel bertujuanPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas