Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green waterair hijauPerikananAkuakulturAir yang telah bertukar menjadi warna hijau disebabkan oleh pertumbuhan fitoplankton.
colour changeling(setem) ubah warnaPentadbiran PerniagaanTiadaSetem yang bertukar warna disebabkan oleh bahan kimia atau perubahan cuaca.
mutating virusvirus pemutasianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang sentiasa bertukar sifat atau bentuk selepas jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus tersebut sukar atau tidak dapat dikesan oleh perisian antivirus berdasarkan tandatangan virus.
polymorphic virusvirus polimorfikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang boleh bertukar bentuk, sifat dan kandungan untuk melepasi pengesahan antivirus.
electrochromicelektrokromikFizikNanoteknologiKeadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.
tangentialitytangentialitiPerubatanPsikiatriGangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik.
vapour locksekat wapKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap.
planned happenstancekebetulan terancangPsikologiTiadaSudut pandangan seseorang untuk mencipta peristiwa yang mempunyai peluang tersebut tetapi bertukar menjadi peluang sebenar.
free wheelgegancu bebasSukanLumba BasikalAlat yang mempunyai bilangan gerigi yang tetap atau yang boleh bertukar-tukar.
automatic transmissionpenghantaran automatikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem penghantaran kenderaan yang mempunyai kedudukan nisbah gear yang bertukar secara sendiri.
1234

Kembali ke atas