renga | renga | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi Jepun yang berantai dan ringkas. Rangkap puisi ini berturut-turutan dan dicipta oleh beberapa pengarang yang biasanya mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain. |
tidal period | kala pasang surut | Sains Marin | Tiada | Selang masa antara dua pasang surut berturut-turut seperti fasa pasang surut atau arus pasang surut. |
animation | animasi | - | Tiada | Proses mencipta ilusi pergerakan dengan memaparkan imej atau bingkai imej secara berturut-turut. |
microsatellite DNA | DNA mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan. |
minisatellite DNA | DNA minisatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 10 hingga 60 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. |
satellite DNA | DNA satelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Unit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang melebihi 60 pasangan bes dan berulang dalam jumlah yang tertentu. |
flowsheet analysis | analisis helaian aliran | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pemeriksaan terperinci terhadap langkah berturut-turut dalam prosedur atau sistem. Contohnya, penggunaan analisis helaian aliran dalam penilaian kitar hayat. |
range of tide | julat pasang surut | Sains Marin | Tiada | Perbezaan menegak ketinggian antara air yang tinggi dengan air rendah berturut-turut sepanjang kitaran pasang surut. |
meiotic division | pembahagian meiosis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan sel gamet. Pembahagian meiosis terdiri daripada dua bahagian yang berlaku berturut-turut, iaitu meiosis I dan meiosis II. |
sputum sample | sampel kahak | Kesihatan Awam | Tiada | Cairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan. |