open rate | kadar terbuka | Pelancongan | Tiada | Kadar harga bilik yang berubah-ubah mengikut musim dan keadaan tanpa tarikh luput. |
rheostat | reostat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang mempunyai rintangan berubah-ubah dan digunakan untuk mengatur arus yang mengalir dalam litar elektrik. |
ball joint | sambungan bebola | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sendi yang boleh berubah-ubah kedudukannya yang mengandungi bebola di dalam soket atau selongsong, digunakan pada sistem gantungan depan dan sistem stereng. |
tidal datum | datum pasang surut | Sains Marin | Tiada | Ukuran aras air laut yang berubah-ubah menjadi tinggi (pasang) dan menjadi rendah (surut). |
single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
tidal marsh | rawang pasang surut | Sains Marin | Tiada | Rawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini. |
closed skill | kemahiran terkawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dengan penerimaan rangsangan yang tidak berubah-ubah dan pergerakan boleh dikawal oleh pelaku. Contohnya, semasa melempar cakera, pemain perlu mengawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul. |
open skill | kemahiran luar kawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak. |
differential weathering | luluhawa (ke) bezaan | Geologi | Tiada | Luluhawa yang berlaku pada kadar yang berbeza-beza akibat komposisi dan ketahanan batuan yang berubah-ubah atau keamatan luluhawa yang berbeza-beza. |
near field distance | jarak medan dekat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak yang hampir di hadapan prob yang menyebabkan keamatan gelombang ultrasonik berubah-ubah. Jarak medan dekat ini dikenali juga sebagai medan Fresnel atau zon Fresnel. Jarak ini boleh dikira dengan formula seperti yang berikut: N = D^2/4 λ, Dengan D ialah garis pusat prob dan λ ialah jarak gelombang. Lihat juga sudut serak alur. |