Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.cap]/[ber.u.cap] | براوچڤ

Definisi : 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.cap]/[ber.u.cap] | براوچڤ

Definisi : 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naturalizationpewarganegaraanSains PolitikPolitik PerbandinganLangkah menerima orang asing atau pendatang sebagai warganegara. Proses ini berlaku apabila pendatang memohon menjadi warganegara. Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang memohon menjadi warganegara ialah seperti telah bermastautin untuk beberapa tahun, boleh berucap bahasa tempatan dan sanggup memberi kesetiaan kepada negara yang dipohon. Cara pewarganegaraan ini berbeza dengan cara jus soli atau menjadi warganegara secara automatik kerana lahir di negara tersebut. Contohnya Amold Schwarzenegger yang berasal dari Austria telah menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui cara pewarganegaraan. Lihat juga kerakyatan.
social pressuretekanan sosiaISains PolitikPolitik PerbandinganKuasa memaksa atau menekan yang lahir daripada masyarakat terhadap individu atau kelompok tertentu. Masyarakat dilihat memiliki kuasa menekan individu supaya berperlakuan menurut norma sosial masyarakat tersebut. Ia boleh bersifat kelakuan, cara berpakaian, cara berucap, berbahasa ataupun cara seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Kegagalan seseorang menurut norma sosial dan penyimpangan yang dilakukannya itu dianggap serius dan akan menyebabkan ia dipinggir, disindir atau dihukum oleh masyarakat. Tokoh yang menekankan peri pentingnya tekanan sosial ini ialah Emile Durkheim yang menyatakan betapa masyarakat memiliki kuasa untuk mempengaruhi perlakuan anggotanya. Contohnya, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik supaya tidak dicemuh oleh masyarakat.

Kembali ke atas