Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desensitizationdesensitisasiPerubatanTiada1. Teknik yang digunakan untuk mengurangkan kesan kehipersensitifan segera melalui pemberian sedikit dos alergen secara berulang; pemberian dos secara berulang ini ditingkatkan secara beransur-ansur. 2. Teknik merawat penyakit fobia atau penyakit lain yang berkaitan, dengan sengaja mendedahkan pesakit kepada rangsangan yang menakutkannya secara terkawal.
persistent breacheskesalahan berulangSukanTiadaKesalahan berulang kali yang dilakukan oleh pemain walaupun telah diberi amaran.
microsatellite DNADNA mikrosatelitSains ForensikTiadaSegmen pendek DNA yang mempunyai satu urutan pendek bes yang berulang pada satu lokus. Contohnya, dalam jujukan AGTTAGTTAGTTAGTT, urutan AGTT berulang sebanyak empat kali pada lokus ini. Ulangan urutan ini berbeza antara individu, contohnya urutan ini mungkin berulang sebanyak 2 kali, 6 kali ataupun 8 kali pada individu yang lain pada lokus ini. Ahli forensik menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa, iaitu prosedur yang dikenali sebagai pemprofilan DNA.
reciprocal recurrent selectionpemilihan berulang resiprokalPertanianAgronomi

Pencarian ciri-ciri kuantitatif secara berulang asil dari kacukan resiprokal.

repeated sequence familyfamili jujukan berulangBiologiGenetikKumpulan jujukan DNA yang berkait dan berulang pada genom eukariot.
short tandem repeats (STR)tandem pendek berulang (STR)BioinformatikBioinformatik MolekulDua atau lebih nukleotida yang berulang dan berturutan dalam jujukan genom. Lihat juga DNA mikrosatelit.
mass-production/dominopengeluaran berterusan/dominoKesenianSeni BinaProses reka bentuk yang terhasil secara berulang-ulang, mempunyai ritma serta menonjolkan prinsip-prinsip reka bentuk seni bina yang mempunyai kadar tertentu. Prinsip domino atau berulang merupakan gaya atau idea reka bantuk yang diasaskan oleh Le Corbusier. Gaya dan idea reka bentuknya memaparkan rumah atau bangunan yang bersifat kerangka yang boleh disambung-sambung bagi membentuk reka bentuk baharu yang berterusan atau berulang-ulang.
quartankuartanPerubatanTiadaBerkaitan dengan kejadian yang berlaku secara berulang setiap tempoh 72 jam atau selang selepas tiga hari, misalnya demam malaria kuartan biasanya berulang selang selepas tiga hari.
drill methodkaedah latih tubiPsikologiPsikologi UmumKaedah amalan yang dilakukan berulang-ulang secara sistematik sehingga sesuatu yang diingini tercapai. Contohnya, untuk menghafal sesuatu bahan bacaan, individu perlu membaca dan mengingati bahan tersebut secara berulang-ulang sehingga dapat mengingatinya dengan baik.
hometic epithetepitet homeritKesusasteraanTiadaKata sifat yang dinyatakan berulang-ulang yang muncul dalam epik Homer. Pernyataan tersebut mungkin terhasil daripada kaedah penciptaan yang memerlukan penghafalan dan penyampaian spontan atau tipikal untuk sastera lisan. Apabila epitet digunakan berulang kali, epitet itu disebut epitet kodi. Contoh epitet homerik ditemui dalam karya �The Wine-dark Sea�, �Rosy-fingered Dawn�, �Flat-foot Achilles�. Epitet homerik dikenali juga sebagai julukan homerik.
12345678910...

Kembali ke atas