epicondylitis | epikondilitis | Sains Sukan | Biomekanik | Radang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
relapsing fever | demam berulang-ulang | Kejururawatan | Tiada | Demam beberapa hari dan diselang dengan suhu badan normal. |
jingle | jingel | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap beritma yang berulang-ulang dalam puisi seperti ritma timbangan. Jingel dianggap sebagai puisi yang kurang bermutu. Kini, jingel digunakan sebagai salah satu bentuk pengiklanan menjual produk. |
tic | tik | Perubatan | Psikiatri | Gerak-geri yang berulang-ulang dan di luar kawalan. |
drilling exercise | latih tubi | Sains Kesihatan | Tiada | Latihan artikulasi yang dilakukan secara berulang-ulang. |
nanopositioning | nanopenempatan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Mekanisme yang mampu menghantar gerakan secara berulang-ulang dalam kenaikan kecil seperti satu nanometer. |
rabbit syndrome | sindrom arnab | Perubatan | Psikiatri | Sindrom yang bercirikan pergerakan bibir yang berulang-ulang dan menyerupai arnab yang sedang mengunyah. |
tic disorder | gangguan tik | Perubatan | Psikiatri | Kecelaruan atau gangguan gerak-geri yang berulang-ulang dan di luar kawalan. |
power endurance run | larian ketahanan tinggi | Sukan | Tiada | Larian yang dilakukan secara berulang-ulang untuk meningkatkan daya tahan otot. |