colour tringle | segi tiga warna | Fizik | Optik | Rajah segi tiga yang mewakili campuran cahaya berwarna. Ketiga-tiga warna primer, iaitu merah, biru, hijau terletak di bucu segi tiga sama sisi dan warna primer tolakan, sian, kuning dan magenta terletak di antara warna-warna primer itu. |
colour filter | turas warna | Komunikasi | Tiada | Kepingan gelas atau gelatin berwarna yang diletakkan di hadapan kanta kamera untuk menyerap sebahagian daripada spektrum cahaya, membetulkan keseimbangan warna atau membaurkan cahaya. Turas ini boleh membuatkan imej kelihatan berwarna merah, biru dan warna-warna yang lain. |
phenacite | fenasit | Geologi | Tiada | Mineral berkaca tanpa warna, berwarna putih atau pucat yang menghablur dalam sistem rombohedron;Be2Si04. |
seed colour | warna biji | Pertanian | Agronomi | Warna kulit pada biji benih. Warna biji menunjukkan kematangan biji tersebut. Warna pada kulit biji akan bertukar mengikut kematangan tanaman. Biji berwarna hijau menunjukkan peringkat muda, manakala biji berwarna coklat menunjukkan peringkat matang atau tua. Kualiti biji benih boleh dilihat pada warna biji benih. Contohnya, warna biji benih bersih bermakna biji tersebut bersih daripada penyakit. |
chromatopsia | kromatopsia | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan objek berwarna kelihatan aneh warnanya dan objek tidak berwarna kelihatan berwarna. 2. Buta warna separa. |
colour saturation | ketepuan warna | Komunikasi | Tiada | Ukuran tahap tepu pada imej filem berwarna. Tahap warna yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan keras manakala tahap warna yang rendah akan menghasilkan imej yang suram dan lembut. |
colourless | tanpa warna/tak berwarna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesuatu bahan atau benda yang tidak mempunyai warna. |
vivianite | vivianit | Geologi | Tiada | Mineral yang terdapat sebagai hablur monoklin, dan berwarna hijau, biru, atau tanpa warna apabila tidak terubah, tetapi bertukar warna kepada warna lebih gelap apabila terdedah. |
tintometer | tintometer | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alat untuk mengukur warna secara membandingkan warna sampel dengan kaca berwarna atau larutan piawai. |
zinc oxide | zink oksida | Geologi | Tiada | Serbuk berwarna putih dan tanpa bau yang berubah warna kepada warna kuning apabila panas, mempunyai graviti tentu 5.47, larut di dalam asid, dan tidak larut di dalam air dan alkohol. |