detach | tak terlibat | Sejarah | Tiada | Perbuatan memisahkan diri atau mengasingkan diri daripada satu kumpulan besar atau induk. |
inferiority complex | kompleks rendah diri | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri. |
hypochondriasis | hipokondriasis | Psikologi | Psikologi Umum | Bentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut. |
castle | kubu kota; mahligai | Sejarah | Tiada | 2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri. |
monumental scale | skala monumental | Landskap | Tiada | Ukuran bandingan yang lebih luas dan besar daripada saiz manusia biasa. la biasanya dibuat untuk menimbulkan perasaan rendah diri pemerhati. Contohnya, Piramid di Mesir. |
saltatory condition/saltatorial | keadaan saltatori | Biologi | Fisiologi | 1. Sifat haiwan yang telah menyesuaikan diri untuk melompat kerana salah satu atau beberapa anggotanya telah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, kaki belakang belalang bersaiz lebih besar berbanding dengan kaki belakang serangga yang lain. 2. Suatu keadaan yang menunjukkan pergerakan melalui suatu ruang, misalnya aliran melalui buku Ranvier pada gentian saraf bermielin. |
long-term memory (LTM)) | ingatan jangka panjang (LTM) | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim. |
total coliform | koliform total | Biologi | Ekologi | Spesies haiwan yang bersekutu dengan spesies lain untuk memperoleh makanan, tempat tinggal, dan perlindungan tanpa menyebabkan sebarang kerugian kepada pihak kedua. Misalnya, ikan remora yang melekatkan diri pada bahagian bawah ikan yu besar dengan pelekap di kepalanya, memakan sisa-sisa makanan ikan yu; ikan remora ini diangkut oleh ikan yu itu kemana-mana saja tanpa mencederakan ikan yu atau sebaliknya |
autarchy | autarki | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Keadaan sesebuah negara untuk berdikari dan bebas dalam politik dan ekonomi. Keadaan ini dapat dicapai melalui pelaksanaan dalam bidang politik dan ekonomi dengan bertindak dan melengkapkan segala keperluan negara agar tidak lagi bergantung pada negara lain. Sehingga kini, negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat mampu membina kekuatan diri dalam lapangan politik dan ekonomi. |
Charter of the United Nations | Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Triti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri. |