avian biq liver disease | penyakit hati besar unggas | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit ayam yang disebabkan oleh virus, yang boleh menyebabkan kematian. Di antara gejalanya termasuklah bengkak hati, dan pertumbuhan tak normal pada sel neoplasma, eritrosit, dan granulosit. |
big liver disease | penyakit hati besar | Veterinar | Tiada | Tiada |
hepar | hepar | Perubatan | Tiada | 1. Kelenjar besar berwarna merah gelap, terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen.,2. Hati sesetengah haiwan yang digunakan di dalam sediaan farmasi,3. Bahan seperti hati atau berwarna seperti hati. |
liver | hati | Perubatan | Tiada | Organ besar berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hepar berfungsi dalam metabolisme dan perkumuhan zat dalam badan. Sinonim hepar |
oligopolistic competition | saing oligopoli | Ekonomi | Tiada | Sejenis bentuk pasaran yang terdapat persaingan antara sebilangan kecil firma yang biasanya bersaiz besar, dan setiap satu firma menyedari dan berhati-hati terhadap tindak balas oleh lawan dari segi harga dan bukan harga dalam persaingan ini. |
Phyllagathis griffithii | kerakap rimau | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai tutup bumi rimba, tapak sulaiman dan seriau malam. Kerakap rimau tumbuh subur dalam hutan pamah yang lembap dan teduh. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu yang pendek dan menjalar di atas tanah. Daunnya besar, berbentuk hati, panjang dan lebar sehingga 25 cm dan bertekstur keras. Tangkai daun panjang sehingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna putih. Akar digunakan dalam ramuan herba untuk wanita, yang berfungsi untuk memberikan tenaga, membaiki pengaliran darah dan mengecutkan rahim. Air rebusan daun dan akar digunakan untuk mengubati demam. |
albumin | albumin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Protein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak, bilirubin dan kebanyakan ubat. Albumin disintesiskan oleh hati. Kebiasaannya, albumin banyak terdapat dalam sumber makanan seperti putih telur dan susu. Albumin juga terdapat dalam serum darah. |
albumin | albumin | Veterinar | Praklinikal | Protein yang larut dalam air dan larutan garam yang berkepekatan sederhana. Albumin serum merupakan protein plasma utama dalam badan (lebih kurang 60%) yang terlibat dalam sebahagian besar tekanan osmosis koloid plasma. Albumin ini juga bertindak sebagai protein angkut untuk membawa molekul besar seperti asid lemak; bilirubin dan kebanyakan drug. Albumin disintesiskan dalam hati. Paras serum yang rendah boleh berlaku dalam malpemakanan protein; inflamasi aktif; penyakit hepar dan renal yang serius. |
sulfonamide poisoning | keracunan sulfonamida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan sulfonamida, iaitu satu daripada kumpulan besar ubat sintetik yang berkesan untuk merawat jangkitan, contohnya sulfamethizole, sulfapiridine dan sulfisoxazole. Tanda utama keracunan ialah hematuria. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyuntikan menyebabkan kerengsaan gastrousus, letusan kulit eritematus makulopapular, demam, gangguan mental dan penglihatan, tindak balas pemekaan, urtikaria, hematuria, sakit semasa kencing, oliguria atau anuria dengan azotemia, agranulositosis, anemia hemolitik, trolllbositopenia, purpura, penyuntikan konjunktiva, lubang bula kulit, petekia, demam kuning, dan peningkatan eritema atau kecederaan dari cahaya matahari yang bermula beberapa hari atau beberapa minggu selepas memulakan terapi. Keracunan kronik menyebabkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi ialah endapan berhablur dalam tubul buah pinggang, kaliks, dan ureter. Dalam kes kematian, lubang nekrotik atau lubang radang mungkin ditemui dalam hati , jantung, buah pingg |
Phyllagathis rotundifolia | tapak sulaiman | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut. |