proerythroblast | proeritroblas | Perubatan | Tiada | Sel berbentuk bulat atau bujur, bernukleus besar dan mempunyai lingkaran sitoplasma yang nipis, dan yang mula sekali menunjukkan pembezaan ke arah pembentukan eritrosit. |
chlorenchyma | klorenkima | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu fotosintesis yang banyak sekali mengandungi kloroplas dan sering mempunyai ruang antara sel yang besar. Tisu ini banyak terdapat pada mesofil daun. |
one-time-use password | kata laluan sekali guna | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kata laluan yang ditukar selepas setiap sesi log masuk berjaya dilakukan. Penukaran ini dilakukan apabila terdapat kemungkinan besar kata laluan tersebut dipintas oleh pengguna hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad. |
geodesic line | garis geodesi | Matematik | Tiada | Garis pada permukaan yang terpendek sekali, yang menghubungkan dua titik. Misalnya, pada permukaan sfera, garis geodesi merupakan sebahagian daripada sebuah bulatan besar pada sfera itu. |
emulsifier | pengemulsi | Veterinar | Tiada | Bahan yang menukarkan globul lemak bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil dan halus (kilomikron). Ia bertujuan untuk meningkatkan luas permukaan lemak supaya mudah bertindak balas dengan enzim lipase dan sekali gus meningkatkan nilai cerna dan penyerapan lemak. Contoh bahan pengemulsi ialah lesitin dan garam hempedu. |
contraindication | kontraindikasi | Perubatan | Tiada | Keadaan yang menyebabkan rawatan tertentu tidak boleh dilakukan kerana boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar kepada pesakit. Kontraindikasi boleh dikelaskan kepada mutlak dan relatif. Kontraindikasi mutlak ialah sesuatu rawatan yang tidak dibolehkan sama sekali dalam apa jua keadaan seperti penggunaan perencat reseptor beta pada pesakit asma. Manakala kontraindikasi relatif pula ialah sesuatu rawatan yang tidak dibolehkan tetapi digunakan juga sekiranya tiada pilihan rawatan lain. |
Bulk-population selection | Pemilihan populasi pukal | Pertanian | Agronomi | Kaedah pembiakbakaan yang bermula dengan kacukan antara dua baka dan hasil kacukan ini (F1), ditanam secara besar-besaran. Pemilihan dibuat berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki, dan benih F1 terpilih ditanam dan pemilihan seterusnya dilakukan sekali lagi terhadap generasi F2 dan berikutnya. Kaedah ini harus dilakukan dalam skala yang besar seperti dalam tanaman komersial supaya kombinasi baka yang terbaik dapat dipilih. |
primary note | nota primer | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil hutang yang merupakan pecahan daripada jumlah nilai pembiayaan. Nilai pembiayaan yang besar akan didenominasikan kepada beberapa sijil yang dijadualkan semula tempoh pembayarannya secara berperingkat. Tujuan didenominasi adalah untuk membolehkan pembayaran hutang dibuat secara berperingkat dan mengelakkan pembayaran yang banyak sekali gus. Sijil yang mempunyai tempoh matang paling pendek akan ditebus terlebih dahulu berbanding sijil yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang. Nota primer tidak boleh diurusniagakan di pasaran peringkat kedua. |
batch composting | pengomposan kelompok | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah membuat kompos yang dilakukan dengan mencampurkan semua bahan sekali gus dan dibiarkan untuk pengomposan. Tiada bahan lain ditambahkan kecuali air sehingga proses pengomposan telah sempurna. Kaedah ini berbeza dengan pengomposan berterusan yang melibatkan penambahan bahan dari semasa ke semasa. Kelebihan kaedah pengomposan kelompok ialah kesemua bahan akan menjadi kompos serentak dalam satu tempoh masa. Kaedah ini sesuai untuk pembuatan kompos dalam skala yang besar. |
retrotakaful | retrotakaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pemindahan risiko oleh syarikat takaful semula kepada syarikat takaful semula yang lain. Hal ini bermakna, proses takaful semula boleh berlaku lebih daripada sekali dalam kalangan beberapa syarikat pengendali takaful. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sesebuah syarikat takaful semula menghadapi masalah tuntutan yang besar pada sesuatu masa berbanding kumpulan wang takaful terkumpul. |