jumo risk | risiko jumbo | insurans | Tiada | Risiko yang luar biasa besarnya. |
cilia | silium | Kejururawatan | Tiada | Cuaran seakan-akan rambut, yang sebilangan besarnya terdapat pada sel epitelium tertentu, terutama epitelium yang melapisi trek pernafasan atas. Fungsinya adalah menyingkir bahan asing di trek pernafasan. |
proportional error | ralat perkadaran | Kimia | Kimia Analisis | Ralat dalam analisis yang magnitudnya berubah berkadaran dengan besarnya saiz sampel yang dianalisis. bd. ralat malar. |
arterial oxygen content (CaO₂) | kandungan oksigen arteri (CaO₂) | Perubatan | Tiada | Kandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin. |
impulse | impuls | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek. |