cast iron | besi tuang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Besi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi. |
cast iron | besi tuang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Besi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi. |
iron curtain | tabir besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sempadan yang memisahkan wilayah tertentu berasaskan perbezaan ideologi, politik, ekonomi atau kebudayaan. Tabir besi dibina untuk melarang sebarang interaksi antara penduduk dari dua wilayah yang bertentangan. Dalam realiti, tirai besi ini pernah dibina di Berlin pada tahun 1961 apabila ia memisahkan rakyat timur Berlin yang berada di bawah pemerintahan komunis dan barat Berlin yang berada di bawah pemerintah demokrasi. Penduduk timur Berlin tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk interaksi atau menyeberangi barat Berlin. Tabir ini dirobohkan kesan daripada tuntutan demokrasi yang memuncak pada tahun 1989. Sinonim tirai besi. |
iron core | teras besi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang besi di dalam gelung yang berfungsi sebagai magnet. |
iron curtain | tirai besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat tabir besi. |
democratic despotism | demokrasi kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat demokrasi fahaman kuku besi. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |
safe burglary insurance | insurans kecurian peti besi | insurans | Tiada | Polisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang disimpan dalam peti besi dengan cara lain selain menggunakan kunci. |
siderophore | siderofor | Fizik | Nanoteknologi | Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki. |
democratic despotism | demokrasi fahaman kuku besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi. |